Sunday, November 30, 2008

kenal alat solek

Jenis-jenis peralatan solekan

1. Span bedak asas – Berbentuk panjang dan bujur. Ruang kecil span lebih padat untuk memerangkap bedak supaya mudah disapu pada wajah.

2. Span bedak padat atau debu- Berbentuk bulat dan mudah dibawa ke mana-mana bersama bedak. Berfungsi memerangkap bedak padat atau debu supaya mudah disapu pada wajah.

3. Pisau pencukur kening – Berbentuk kecil dan mudah dipegang.Di gunakan untuk mencukur bulu kening.

4. Pelentik bulu mata- Ada diperbuat daripada plastik dan besi. Pelentik yang diperbuat daripada besi lebih kukuh dan berkesan melentikkan bulu mata anda. Masukkan bulu mata ke dalam ruang penyepit dan tekan perlahan-lahan pada bulu mata kemudian lepaskan.

5. Berus mekap – Ada pelbagai jenis berus mekap dan fungsinya. Ada berus berkuas besar dan ada kecil. Berus berkuas besar digunakan untuk sapuan bedak debu dan pemerah pipi. Manakala berus berkuas kecil digunakan untuk membuat shading.

6. Maskara – Bertindak menebalkan bulu mata. Ada pelbagai jenis maskara di pasaran. Namun pilihlah maskara kalis air.

7. Bedak asas – terdapat tiga jenis bedak asas cecair, sederhana pekat dan pekat dan padat. Bedak asas berfungsi menghasilkan wajah dan leher yang halus dan gebu.

8. Bedak debu – Digunakan untuk memberi kesan halus dan gebu pada kulit. Sapuan bedak debu digunakan selepas menyapu bedak asas.

9. Pembayang mata – Berfungsi menjadikan mata lebih menawan, kecil, besar dan galak. Ada pelbagai teknik sapuan pembayang mata untukmendapatkan kesan dramatik.

10. Pemerah pipi – Pemerah pipi digunakan sebagai pelengkap kecantikan untuk membuatkan wajah berseri-seri.

11. Gincu – Perkara paling penting dalam solekan ialah sapun gincu.Tanpanya wajah tidak akan berseri-seri. Ada pelbagai warna gincu di pasaran. Penggunaannya bergantung kepada jenis kulit dan majlis yang akan dihadiri.

Friday, November 28, 2008

nak cantik payudara

Beberapa gerakan senaman di bawah ini boleh membantu memperindahkan payudara Anda:

1. Luruskan tangan sehingga posisi badan bahagian atas akan terangkat. Ulangilah gerakan ini sampai 10 hitungan. Bila sudah terbiasa melakukannya, tambahlah gerakan menjadi 20 hitungan.

2. Berdiri dengan posisi kedua belah tangan ke belakang sambil menggenggam benda yang agak berat/tongkat.

3. Bongkokkan badan ke depan sampai bahagian punggung menjadi datar. Kemudian gerakan kedua belah tangan seperti hendak meraih sesuatu yang tak terjangkau secara bergantian. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali.

4. Tangan di depan dada (bersedakep). Lakukan gerakan mendorong dengan kekuatan yang bertumpu pada otot-otot bahu, maka otot-otot bahu dan otot-otot di sekitar payudara terasa mengencang. Ulangi gerakan ini sampai 20 kali hitungan. Bila sudah terbiasa dapat ditingkatkan menjadi 100 hitungan.

Selain melakukan senaman, ada beberapa hal lain yang dapat dilakukan dalam perawatan payudara. Misalnya dengan pengurutan (massage), dalam hal ini pengurutan harus dilakukan secara yang betul. Pengurutan yang salah, justru akan menimbulkan hal-hal yang tidak diinginkan. Untuk mengetahui cara pengurutan yang betul sila lihat video. Penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik, karena akan merangsang tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dan dihindarkan dalam perawatan payudara ini.

Hindarkanlah:

- kerap mandi dengan air panas

- Jangan tidur dengan posisi telungkup.

- Jangan terlalu sering tidak mengenakan "bra".

- Janganlah melakukan diet yang terlalu ketat, karena bila berat badan turun secara melonjak akan merusak bentuk dan keindahan payudara.


cantik ikut artis

Tulisan: Siti Zarinah Sahib
Dipetik daripada majalah i-remaja
 Artis dan kecantikan 
 Bergelar selebriti ke mana saja pergi akan menjadi perhatian. Untuk itulah mencalit wajah dengan solekan bagaikan satu kemestian walaupun hanya menghadiri majlis kasual atau acara santai. Tanpa sebarang solekan tentu wajah tampak suram dan ini tentu akan menjejaskan imej dan penampilan diri.
 Fouziah Gous
Bagi Fouziah Gous antara alat solek yang menjadi kemestian dan perlu dibawa ke mana saja ialah maskara, pelembap bibir dan pemerah pipi. Bukan tidak yakin dengan kecantikan semula jadi dimiliki, tetapi dengan sedikit sentuhan solekan baginya ia memberi lebih keyakinan terutama ketika berdepan dengan peminat. artis berambut panjang lurus hingga ke paras pinggang ini memilih gaya solekan sederhana dan tidak keterlaluan. Bagaimanapun, untuk gaya rambut Fouziah lebih suka melepaskannya mengurai bebas.
  Tip bersolek cara Fouziah 
  1. Bedak asas satu kemestian bagi memastikan solekan serata dan tahan lama terutama acara santai yang diadakan di luar bangunan.
  2. Sesuai dengan warna hijau pada pakaian, rona hijau menjadi pilihan warna utama untuk pembayang mata dan digabungkan dengan perang dan keemasan untuk menyerlahkan bahagian mata.
  3. Maskara  penting untuk selebriti walaupun pada siang hari atau solekan untuk acara santai supaya tampak lebih berseri.
  4. Pemerah pipi menjadi kegemaran Fouziah supaya solekan lebih menyerlah dan bermaya.
  5. Warna gincu tidak perlu garang atau cerah, tetapi cukup untuk menampakkan bibir berseri supaya senyuman kepada peminat sentiasa menawan.
  6. Gaya Kasual Glam dengan solekan nipis dan rambut yang diubah
keriting sedikit di bahagian depan menampilkan sedikit kelainan kepada
Fouziah hari biasa.

Liyana Jasmy

 “Jika seseorang wanita mampu membeli pakaian atau aksesori kegemaran yang mahal
harganya, mereka tidak seharusnya kedekut berbelanja untuk kecantikan diri. Liyana sendiri, berbelanja RM300 hingga RM400 setiap kali membeli produk penjagaan wajah. Bagi remaja seusianya, jumlah ini mungkin kedengaran agak tinggi namun bagi Liyana, belanja yang dikeluarkannya itu berbaloi. Penjagaan wajah dan badan adalah perkara penting, untuk itu kita mesti menggunakan barangan yang betul-betul bersesuaian dengan kulit kita. Sebelum ini, saya sudah mencuba pelbagai produk. Tapi selepas mencuba
produk yang saya pakai sekarang ini, saya rasakan ia serasi dengan
keadaan kulit saya maka saya setia menggunakannya. Walaupun agak mahal, ia cukup meyakinkan. Lagipun, ia mengambil masa kira-kira enam bulan untuk habis," katanya.
Farawahida Razali 
Farawahida Razali, 22, mampu tersenyum kerana berjaya mengatasi kelemahan diri hasil disiplin diamalkan.
 “Memang dulu saya lebih gemuk kerana berat badan saya mencecah 60 kilogram. Sekarang berat saya hanyalah sekitar 48 hingga 49 kilogram. Ia bukan hasil pil diet tapi saya ubah sendiri corak pemakanan saya dan bersenam. Saya kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidratnya. Saya bukanlah tidak makan nasi langsung tetapi kurangkan kuantiti nasi. Saya banyak bersenam dengan menonton VCD aerobik Paula Abdul (juri American Idol). Biasanya saya berlatih tiga kali seminggu. Saya juga mula membeli pelbagai peralatan senaman yang sesuai kerana tidak ada masa ke gym.”

Fasha Sandha

Fasha Sandha mengamalkan mandi lulur untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit mereka. Dia mengamalkan lulur tradisional untuk mengembalikan kesegaran kulit yang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari dan lampu ketika penggambaran. Selain itu, dia juga amalkan banyak meminum air masak, makan sayur-sayuran dan tidak lupa untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C dan E. Untuk kekalkan bentuk tubuh yang diingini pula Fasha lebih percaya kepada senaman dan juga kurangkan makanan berlemak serta berminyak.

Hillary Duff
Kini semakin menyedari hakikat bahawa kesihatan sebenarnya adalah lebih penting dari kecantikan semata-mata. Lihat saja perubahan tubuhnya, dari sihat dan montok dia berubah kurus dan cengkung.
 “Saya ada rasa kurang keyakinan terhadap bentuk tubuh badan saya sama seperti mana-mana gadis dan kami bertindak untuk bersenam dan berdiet agar kelihatan cantik. Selama ini saya amalkan makan makanan ringan, dan kini saya mula bimbang dengan apa yang saya masukkan dalam tubuh badan. Jadi saya kurangkan pizza, ayam dan kentang goreng,” katanya.
 
Linda Evangelista
Supermodel ini pernah menjadi ratu di pentas catwalk dunia. Katanya, “Saya sangat meminati perkara yang membabitkan kedutan kulit dan kecantikan muka. Ya, saya menggunakan Botox. Bagi saya, ia satu perubahan hebat seperti mewarna rambut dari hitam ke perang.”
 Naomi Campbel
“Saya tidak akan menolak pembedahan plastik terutama kalau berlaku kemalangan yang menjejaskan penampilan diri. Saya cukup cerewet mengenai penjagaan kulit dan ia diwarisi dari nenek saya sendiri,” katanya
 
  Tara Palmer –Tomkinson
 “Sejak enam tahun lalu, hidung saya bentuknya begini. Saya benci hidung
saya sebelum ini. Sebab itulah saya mengambil Botox untuk mencantikkannya. Peminat sudah tahu mengenainya, termasuk semua bekas teman lelaki saya.  Jurusolek yang pernah menyolekkan saya juga tahu keadaan hidung saya ini. Disebabkan takut untuk pembedahan plastik, saya hanya mengambil suntikan Botox. Ini semua demi karier saya.” 
 
 Jessica Simpson
“Saya tidak akan menggunakan Botox. Saya lebih rela menjadi jurucakap program amal yang membabitkan pembedahan kanak-kanak. Saya mengambil keputusan mengikut jejak Angelina Jolie selepas melawat Afrika Selatan tahun lalu juga untuk program amal. Kalau boleh saya mahu menggunakan diri saya sebagai selebriti ke arah amal kebajikan. Saya juga berhasrat menubuhkan persatuan menyelamatkan artis dari menggunakan Botox sehingga menjadikan diri seperti patung hidup.”

Info Botox
  1. Ia adalah ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot pada wajah.
  2. Kos RM1,500 setiap suntikan.
  3. Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
  4. Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.
  5. Mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
  6. Suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat.
  7. Suntikan Botox disifatkan satu penipuan serta mengubah kejadian Tuhan.

Tip bibir seksi

1. Oleskan pelembab bibir sebelum memulaskan lipstik. Ini akan membuat bibir Anda lembab dan membuatnya terlihat penuh.

2. Gunakan pensil warna natural untuk membuat garis pinggiran bibir Anda. Setelah selesai isi keseluruhan bagian dalam bibir Anda dengan warna yang Anda kehendaki.

3. Untuk menambah ukuran bibir Anda gunakan lipstik glossy atau yang mengkilat. Oleskan gloss atau lipstik mengkilat itu dengan kuas bibir dan pilih warna yang sesuai dengan kulit dan baju yang Anda kenakan.

4. Untuk mencegah belepotan pada pinggirnya, taburi bagian pinggir bibir Anda dengan bedak transparan.