Sunday, November 30, 2008

kenal alat solek

Jenis-jenis peralatan solekan

1. Span bedak asas – Berbentuk panjang dan bujur. Ruang kecil span lebih padat untuk memerangkap bedak supaya mudah disapu pada wajah.

2. Span bedak padat atau debu- Berbentuk bulat dan mudah dibawa ke mana-mana bersama bedak. Berfungsi memerangkap bedak padat atau debu supaya mudah disapu pada wajah.

3. Pisau pencukur kening – Berbentuk kecil dan mudah dipegang.Di gunakan untuk mencukur bulu kening.

4. Pelentik bulu mata- Ada diperbuat daripada plastik dan besi. Pelentik yang diperbuat daripada besi lebih kukuh dan berkesan melentikkan bulu mata anda. Masukkan bulu mata ke dalam ruang penyepit dan tekan perlahan-lahan pada bulu mata kemudian lepaskan.

5. Berus mekap – Ada pelbagai jenis berus mekap dan fungsinya. Ada berus berkuas besar dan ada kecil. Berus berkuas besar digunakan untuk sapuan bedak debu dan pemerah pipi. Manakala berus berkuas kecil digunakan untuk membuat shading.

6. Maskara – Bertindak menebalkan bulu mata. Ada pelbagai jenis maskara di pasaran. Namun pilihlah maskara kalis air.

7. Bedak asas – terdapat tiga jenis bedak asas cecair, sederhana pekat dan pekat dan padat. Bedak asas berfungsi menghasilkan wajah dan leher yang halus dan gebu.

8. Bedak debu – Digunakan untuk memberi kesan halus dan gebu pada kulit. Sapuan bedak debu digunakan selepas menyapu bedak asas.

9. Pembayang mata – Berfungsi menjadikan mata lebih menawan, kecil, besar dan galak. Ada pelbagai teknik sapuan pembayang mata untukmendapatkan kesan dramatik.

10. Pemerah pipi – Pemerah pipi digunakan sebagai pelengkap kecantikan untuk membuatkan wajah berseri-seri.

11. Gincu – Perkara paling penting dalam solekan ialah sapun gincu.Tanpanya wajah tidak akan berseri-seri. Ada pelbagai warna gincu di pasaran. Penggunaannya bergantung kepada jenis kulit dan majlis yang akan dihadiri.

1 comment:

Diarihatiku1976 said...

waduhhhh.. dah kenal dah.. cuma tak berapa nak sempat jer .. ahahksss.. thank atas info..